ads

Wednesday, June 16, 2010

Ego-penyakit dalam diri...






Ego....satu sifat yg mmg sinonim dengan fitrah manusia....menjadi satu penyakit yang susah di ubati...hanya dengan keimanan dan rasa rendah diri dapat mengawal ke-egoan yg bertapak di dalam hati....
Perempuan baik pon lelaki sama jer mempunyai ego yang tersendiri...cuma yg membezakan mereka hanyalah cara mereka menangani sifat ego di dalam diri mereka....

antara 15 sifat ego dalam diri yg dapat aku listkan:

- Diberi jawatan rasa terhibur
- Tidak dilantik, rasa tidak tenang
- Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
- Kalau dia pengikut, payah mahu taat
- Emosional dan mudah tersinggung
- Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain
- Mudah marah, cepat melenting
- Payah menerima pandangan orang lain
- Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
- Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
- Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah
- Suka pandangannya sahaja diterima
- Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada
anggota jemaah agar terserlah kesempurnaan dirinya
- Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
- Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar

Ego ni dapat di lihat dari pelbagai aspek....boleh di lihat dari dalam diri lelaki terhadap wanita(begitu juga sebaliknya) ayah terhadap anak ,guru terhadap pelajarnya,ORANG ATASAN DENGAN ORANG BAWAHAN ...dan pelbagai lagi.....Kesimpulanya ego itu sama sekali tidak boleh di hilangkan kerana itu merupakan sifat semulajadi manusia dari sejak lahir...
ego itu hanya dapat di Hindarii dengan cara menahan kemarahan dan selalu berfikiran positif dalam keadaan apa pun.
Dan jangan terlalu memaksakan keinginan diri sendiri...
mulailah untuk mengerti perasaan orang lain..

always cooldown is the good...

Erti kehidupan






Masa berlalu dengan begitu pantas mendewasakan kita,dan jika di beri peluang ingin sangat kembali menghayati detik-detik indah yang kita terlepas suatu masa dahulu..


Kini Kita bekerja bertungkus-lumus dengan mengabaikan kesihatan demi mencari wang tetapi suatu masa nanti kita kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan kembali kesihatan seperti waktu dahulu...mengapa begini??


Berfikir tentang kehidupan, sehingga mereka lupa,
tentang hidup masa kini dan masa depan.


Hidup seolah-olah mereka tidak akan pernah mati,
Dan mati seolah-olah mereka tidak pernah hidup. . . . . .


Melewati saat-saat hening ....
Lalu aku bertanya pada diri sendiri: Apakah yg mereka dapat belajar tengtang kehidupan??


Antara yang bermain di fikiran ku:

"Mereka belajar bahawa,mereka tidak boleh memaksa untuk mendapatkan cinta,
Tetapi yang dapat mereka lakukan mereka adalah untuk membuat diri mereka dicintai"


"Untuk belajar untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain ...
Untuk mempelajari tentang sifat bertolak ansur dan memaafkan dalam kehidupan"


"Untuk belajar bahawa mereka boleh melukai perasaan orang lain dalam sekelip mata tetapi mungking memerlukan masa masa yang lama untuk
menyembuhkannya."


"Untuk belajar bahawa mengasihi orang lain,tetapi tapi mereka tidak belajar bagaimana memaparkan atau mendedahkan perasaan mereka."


''Untuk belajar bahawa dua orang dapat melihat hal yang sama
Dan melihatnya secara berbeza "


"Untuk belajar bahawa tidaklah cukup untuk memaafkan satu sama lain,
Tapi mereka juga harus memaafkan diri mereka sendiri "

Sedikit nukilanku tengtang kehidupan

Disebalik kematian





Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan dimana. Namun ada insan
yang kecewa dengan hidup dan berangan untuk mati. Mereka sanggup terjun bangunan
setinggi lapan belas tingkat untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta. Mereka fikir, mati
itu satu kemanisan dan penyelesai segala kekusutan hidup. Biar mati terhina daripada
hidup terseksa!

Mati begitu menyakitkan,ibarat dicincang oleh seratus bilah
pisau. Apatahlagi mati dalam keadaan kufur. Roh yang keluar amat busuk dan dikutuk
oleh sekalian makhluk. Segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan
manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. Roh itu dicaci dan
terawang-awang dengan penuh kekesalan.

Tapi lain pula halnya bagi calon syurga. Daripada hadith, bahasanya pada
mukmin, apabila putus hubungannya dari dunia dan berhadapan dengan akhirat, saat
hembus nafas, turunlah atas mukmin itu malaikat dari langit. Putih segala mukanya
seolah-olah mereka itu matahari dan serta dengan mereka itu kapan daripada kapan
syurga - jika si jenazah adalah calon syurga. Maka duduklah malaikat itu disisi mukmin
itu sejauh sepandang mata. Kemudian malaikat maut pun datang, duduk dekat kepalanya
lalu berkata, “Keluarlah olehmu hei nafsu mutmainnah. Kembalilah olehmu kepada
keampunan Allah dan keredhaan Nya.. sabda Nabi maka keluarlah ia dan mengalir dari
badannya seperti mengalir titiknya air dari bekasnya. Maka malaikat ambil akan nafsu
tadi dan diserahkan kepada malaikat rahmat. Dia menghantar nafsu itu. Dan terhidulah
bau wangi nafsu itu seperti bau kasturi.

Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuk lapisan demi
lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisu dan organ seperti jantung, kulit
dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumah yang mempunyai komponen yang sentiasa
bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasma bekerja
24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secara normal, sel memerlukan
tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP. Sel juga memerlukan oksigen, fosfat,
kalsium dan bahan makanan sebagaimana kita. Namun jika
berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi, sel akan mati.
Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan dari jasad.
Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantung berhenti mengepam darah
ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah.
Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel
otak dan berakhir pada sel kulit..

Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jika ia
mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot boleh bertahan setelah
beberapa jam manakala sel tulang serta kulit boleh bertahan berhari-hari lamanya.
Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu dengan menggunakan
oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akan terhenti dan menghalang
penghasilan tenaga molekul yang diperlukan untuk melakukan tindakbalas biokimia otot.
Ion kalsium akan berkejaran ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat atau
mengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras, tidak bergerak lagi.
Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkan dirinya.
Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasa kita masih hidup lagi.
Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kita ditemukan dengan tanda berupa denyutan atau
kedutan di antara dahi kanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam
beberapa hari lagi.

Di antara perkara yang wajib dilakukan ke atas jenazah adalah memandikan,
mengkafankan, melakukan solat jenazah dan mengebumikannya. Berbeza dengan
sesetengah agama, Islam tidak membenarkan membakar mayat. Mayat tidak boleh
dibakar kerana ini dikhuatiri akan menyakitinya. Malah melakukan bedah siasat tanpa
ada keperluan juga turut ditegah.Dari segi pengebumian, jenazah hendaklah ditanam sehingga tiada bau dapat
dihidu oleh orang yang masih hidup dan tidak memudahkan binatang mengorek balik
lubang kubur tersebut.

Orang yang syahid dalam peperangan, dikafankan dalam kain yang mereka
terbunuh dalamnya melainkan jika dikehendaki oleh keluarga supaya mengkafankan
dalam kain lain. Nabi bersabda “ selimutkanlah mereka dengan luka dan darah mereka”.
“Bau Luka itu bau kasturi”.

Sejarah pengebumian jenazah bermula di zaman Nabi Adam alaihis salam lagi.
Peristiwa ini tercatat dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31. Menurut Kitab Tafsir Al-
Quranul Karim terbitan Yayasan Amal Bakti Sumatera Utara tahun 1967, dalam qaul
pertama, diceritakan sebab pembunuhan antara kedua putera Adam yang menyebabkan
berlakunya peristiwa pertama dalam sejarah pengebumian manusia.
Menurut riwayat, adalah Siti Hawa melahirkan sepasang kembar setiap kali ia
melahirkan anak. Lelaki dari pasangan pertama akan dikahwinkan dengan perempuan
dari pasangan kedua dan begitulah seterusnya. Kebetulan, anak Nabi Adam yang
bernama Qabil dilahirkan dengan pasangan kembar perempuannya yang cukup cantik.
Gadis ini akan dikahwinkan dengan Habil manakala kembar Habil yang akan
dikahwinkan dengan Qabil kurang elok rupa parasnya. Kerana itu, Qabil tidak mahu
menerimanya.

Maka Nabi Adam menyuruh Qabil dan Habil melakukan korban. Korban siapa yang
diterima Allah, dialah yang akan dikahwinkan dengan saudaranya yang rupawan itu.
Qabil adalah seorang pekebun manakala Habil merupakan seorang penternak.
Habil telah mengorbankan kambingnya yang gemuk sedang Qabil telah mengorbankan
tanaman gandumnya yang kurang elok.

Maka oleh Allah diterimanya akan korban Habil dengan mendatangkan api dari
langit mengambil korban Habil dan tidak diterima oleh Allah akan korban Qabil itu.
Kerana hal itu, maka timbullah kedengkian Qabil terhadap Habil lalu ia bercita-cita untuk
membunuh Habil.

Menurut kata Imam Razy. Iblis telah datang dengan mengambil seekor burung lalu dipukul tepat
di kepalanya dengan menggunakan batu, lalu Qabil mendapat idea bagaimana mahu
membunuh Habil. Lalu dia pun mencari batu besar dan dicarinya Habil. Didapati Habil
sedang tidur lalu dipukulnya kepala Habil dengan batu, lalu Habil mati di situ juga.
Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah anak-anak Adam.

Jumhur ulamak telah menerangkan bahawa Allah telah mengutus dua ekor burung
gagak berkelahi berbunuh-bunuhan di hadapan Qabil, lalu mati seekor. Yang hidup
mengorek-ngorek tanah dengan paruhnya sehingga lama-kelamaan terbentuklah lubang
dan ditanamilah gagak yang mati itu. Dengan menyaksikan perbuatan gagak itu tahulah
Qabil bahawa dia harus menanam mayat Habil dengan menggali tanah membentuk
lubang kubur.

Reput tanpa kebumi…
Manusia yang dicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sedia maklum, semua
jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Proses pereputan ini berlaku
berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainya jenazah tidak disemadikan di tanah
perkuburan, maka akan tersingkaplah kejadian pereputan yang mengaibkan ini dan
manusia tidak dapat hidup aman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat.
Malahan, bakteria akan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang masih
hidup.

Peringkat pertama pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri. Enzim yang
terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Struktur membran sel akan
rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Ia akan menyahaslikan makromolekul dalam
badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma
seperti sel perembes dan makrofaj.
Peringkat kedua adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria
anaerobik . Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiada oksigen)
dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria
anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalaman badan seperti perut. Bakteria ini
menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipid pada mayat dan
menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskan mengakibatkan tubuh mengembung
bermula dari perut yang akan mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan
meletus dari mulut dan hidung mayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar
diafragma. Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk.
Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulit tidak dapat lagi
menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalu menyebarkan bau yang meloyakan.
Peringkat ketiga adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair
badan yang busuk telah mengalir keluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari
bahagian tengkorak. Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turut
membusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembut menjadi kecut
dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnya mayat tinggal rangka.
Peringkat keempat adalah peringkat terakhir dalam proses pereputan. Pada masa
ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan. Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga
di dalam kubur. Yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi.
Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan serangga berjaya
menakluki tulang. Berlakulah perembesan asid dan enzim metabolisma.
Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulang pula hingga tulang hancur.
Penguraian tulang ini dibantu oleh bahan kimia di persekitaran. Pada persekitaran
berasid, kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah.
Maka, tiada apa lagi yang tinggal pada jasad..

Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabila mati,
segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlah sentiasa akan mati kerana
ia satu peringatan..

Kerana futsal





salam semua......

Futsal tournament anjuran komuniti alam maya terhebat mase kini Nogold Dot Com kian menjelang tiba (cheit ayat x boleh blah..) so mesti ramai team2 futsal NG yg sibok berlatih bagi mengasah serta mencungkil balik skil2 yang dah lama terpendam...(ehehe berdebar rasanya nak masuk tournament ni) sebanyak 8 team akan bertanding,team manakah yang akan bergelar juara? (mintak2 team aku la...jgn marah...)

So seperti team2 lain,aku bersama dengan team CZ pon berlatih seberapa kerap yg mungkin di ampang sport planet (men sajer2 jer biar time tournament nnti x pancit di tgh jalan)...

Nak di jadikan cerita mase kat office semalam (3 may 2010) Royce merangkap kapten x bertauliah pon membooking gelanggang futsal kol 11 malam bertempat di sport planet ampang... argh penatnyer (kalau di ikutkan hati mmg nak balik tido jer..tapi kerana futsal aku layankan ajer)..

aku tgk jam dah dekat pukol 7 malam...sempat la aku nak balik dulu kerumah aku yg terletak di sg besi.....sampai jer kat rumah aku trus mandi ngan makan solat maghrib pastu trus baring sekejap sambil tgk tv lalu terlelap...Tibe2 hp aku berbunyi ader kiriman pesanan ringkas (SMS) yg aku terima.. ''oh..dari fitrie rupanya''...aku trus bace isi kandungan sms tersebut..."woit ko kat maner aku dah lame sampai kat sport planet ampang nie"...erk...alamak aku tgk jam dah menghampiri pukol 11 malam tinggal lagi sepuloh minit sajer lagi.....habislah aku kne marah ngan budak2 nie...argh...dah la jauh dari sg besi nak g ampang,amik mase 15 minit jugak la..tapi xper kerana futsal aku mesti pergi jugak...

sampai jer kat sane jam dah menunjukkan pukul 11.10 minit malam...erk...apasal aku rase lain macam jer....sport planet ampang yg selalunyer meriah terang bederang kini malap suram tanpa cahaya.....aku trus ke pintu masuk utama...ramai orang berkumpul di luar termasuk kelibat Fitrie dan Rolex pon ader di sana..aku bertambah hairan...ape yg diorang buat ramai2 duduk kat luar nie...aku lantas berjumpa Fitrie dan Rolex untuk mengetahui hal yang sebenar...rupanya2 Black out da...........Hampes sungguh..penat2 aku datang,baik aku sambung tido kat umah lagi bagus...tapi x mengapa...kerana futsal aku bersama team futsal CZ sanggup menunggu sehingga hampir pukol 12 malam sebelum bekalan elektrik di sambung semula....

Malam itu team aku seperti biasa berlatih bersama2 team Cfex.....x lama kemudian alarmist sampai dengan membawa camera canon (Baru pinjam dari big bos...ehehe)
Baru aku perasa team aku kurang 2 pemain...yg ada cuma aku,Royce,adik Royce,Rolex dan fitrie jer yang ader...lagi dua orang totoro ngan gato x datang...scam betul....
terpaksa la kitorang men full game tampa berganti....takper la kerana futsal layankan ajer...

Masuk minit ke 45 aku mula rase lain macam...mata aku berpinau kaki aku sakit,nafas aku rase cam nak terputus.....aduh....aku dah mula pancit....nak x nak aku terpaksa keluar padang sekejap....aku bergegas ke bilik air....aku basah bahagian kaki dengan air paip bagi menghilangkan panas dalam badan yang mmg x tertahan lagik rasanya....agak lame jugak aku berkampung dalam bilik air tu....mengatur balik pernafasan...aku rase sume ni effect dari merokok yg x terkawal...adeh..boleh ker aku men untuk tournament nie....hurm...
selang beberapa minit...aku masuk ke gelanggang semula meneruskan permainan...kerana futsal aku truskan jua...

Permainan tamat lebih kurang dalam pukol satu lebih....lepas tu kitorang pon melepakkan diri di restaurant mamak yang berdekatan,bagi menghilangkan dahaga dan keletihan yg melampau...(ehehe...dah macam orang veteran dah aku nie)....duk sembang2 sedar x sedar...jam dah menghampiri pukol 3 pagi...masing2 beransur pulang....xper la kerana futsal balik lewat pon x ape...ehehe

Ops lupa pulak nak bgtau... KERANA FUTSAL jugak la hari nie badan aku sengal2 dan lewat masuk keje....argh......kena marah lagi la ni dengan bos....xper la KERANA FUTSAL...

ads